Sunday, 21 February 2016

Kesan-kesan yang baik dalam memupuk perpaduan kaum

  Dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.Contohnya,Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.
Langkah-langkah untuk mewujudkan perpaduan kaum


Pihak sekolah

  Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi, usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi, bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan 
perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.

Rakyat

  Rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.

Rakyat

  Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak cinta.

Keluarga

  Perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung, setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah. Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus menjayakan gagasan 1 Malaysia.


 Kepentingan perpaduan kaum

        
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan Negara keseluruhannyamelalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara.Sejak merdeka lagi,kerajaan
,kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita .Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara yang ingin dicapai untuk wawasan 2020tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia adalah;
Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai  warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama  dapat tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa,”bulat air kerana pembentung,bulat airkerana muafakat”
Selain itu,dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi Negara.Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia , penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing  dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan.Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa”bersatu kita teguh ,bercerai kita roboh”.nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi Negara.
Kesimpulan

Perpauan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahna awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warga negara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi.Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yan teliti,usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian,perpaduan dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.






Peranan masyarakat dalam memupuk perpaduan kaum
Pengenalan

  Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian , perindustrian , sukan dan lain-lain . Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai kaum utama iaitu Malayu,Cina ,India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat beserta dengan keadaan yang keistimewaan ini memboleh kan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi  dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura . Kejayaan Negara Malaysia mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan.

          Usaha Malaysia dalam menyepadukan masyarakat berbilang kaum tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Konsep  ini telah wujud semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya megutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan Negara tanpa mengira kaum dan agama , iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan dan agama. Dengan menghayati konsep ini, kebajikan setiap kaum dapat dijaga , malah dipenuhi . Misalnya, dari segi pendidikan , semua pelajar diberi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatic untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mendapat keputusan cemerlang , yakni 9A+ dalam pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , tanpa mengira warna kulit atau status kaum.Dalam bidang kesihatan pula , kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang diwujudkan untuk membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati khidmat perubatan yang baik dengan kos bayaran yang rendah, serendah RM1.


           Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk menelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.Rakyat Malaysia disemai semangat kkekitaan, iaitu sebagai warganegara Malaysia, kita merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya tidak mengkritik kaum dan agama yang lain. Jurang ekonomi atau jurang status kehidupan penduduk juga dikurangkan .