Peranan masyarakat dalam memupuk perpaduan kaum
Pengenalan
Malaysia merupakan Negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian , perindustrian , sukan dan lain-lain . Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai kaum utama iaitu Malayu,Cina ,India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat beserta dengan keadaan yang keistimewaan ini memboleh kan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura . Kejayaan Negara Malaysia mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan.
Usaha Malaysia dalam menyepadukan masyarakat berbilang kaum tidak membuahkan hasilnya tanpa pegangan teguh konsep dan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Konsep ini telah wujud semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya megutamakan keadilan dan kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan Negara tanpa mengira kaum dan agama , iaitu usaha mewujudkan satu bangsa Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan dan agama. Dengan menghayati konsep ini, kebajikan setiap kaum dapat dijaga , malah dipenuhi . Misalnya, dari segi pendidikan , semua pelajar diberi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara automatic untuk melanjutkan pelajaran sekiranya mendapat keputusan cemerlang , yakni 9A+ dalam pepriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , tanpa mengira warna kulit atau status kaum.Dalam bidang kesihatan pula , kerajaan memperkenalkan Klinik 1Malaysia yang diwujudkan untuk membolehkan setiap warganegara Malaysia menikmati khidmat perubatan yang baik dengan kos bayaran yang rendah, serendah RM1.
Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur untuk menelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.Rakyat Malaysia disemai semangat kkekitaan, iaitu sebagai warganegara Malaysia, kita merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya tidak mengkritik kaum dan agama yang lain. Jurang ekonomi atau jurang status kehidupan penduduk juga dikurangkan .
Bagila isi banyak sikit kedekut isi la
ReplyDelete